Saturday, 23 November 2013

~ALASAN TAK PANDAI NAK CAKAP~

Selamat sejahtera jeff, semoga sentiasa gembira dan komisyen semakin naik?

Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan seorang sahabat yang telah buat perniagaan toneexcel ini selama 2 tahun, saya tanya dia komisyen ok ke tidak, dia kata, bolehlah en Mazelan, lepas duit rokok saje le, saya tanya kenapa susah ke buat bisnes ini, dia kata "susah sikit la, saya ni sebenarnya tak berapa reti nak cakap, itu yang susah sikit nak terangkan kat orang tu". Saya kata " tak apalah, nanti kalau ada kelapangan saya bawak tuan pergi jumpa satu group di Klang sana, mereka ini tak berapa pandai cakap, malahan tak boleh cakap langsung, kerana mereka semua bisu, tetapi mereka berjaya kembangkan network terhadapa golongan bisu dan juga golongan tak bisu, saya rasa tuan patut belajar dari mereka yang tak pandai cakap ini, macamana mereka boleh sponsor orang lain"

abang tu pening lalat selama 2 minit, lepas tu dia cakap lagi "susahlah en Mazelan, macamana saya nak belajar dengan dia, jenuh nak tulis atas kertas bila nak tanya soalan", saya pun cakap "sebenarnya tuan, masalah ini sebenarnya bukan soal pandai cakap atau tidak, tetapi soal samada pandai cari alasan atau tidak, tuan pandai cari alasan, mereka yang bisu tadi tu pandai cari penyelesaian."

lepas tu dia pening lalat berminit-minit, mungkin tersedar apa yang saya cakap ada betulnya, atau mungkin dia meluat dengar apa yang saya cakap semuanya tak betul.

Jumpa lagi...

Zulkarnain Mohamad
010-7885350
http://toneexcel.biz/?id=41285

P/S: Orang OKU (Bisu) pun dah join program nie.. sekarang, anda ada Apa2 nak Cakap? ;)

No comments:

Post a Comment